HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

 HUBUNG KAIT HKPK  DENGAN FPK DAN FPG

-Mempunyai cadangan aktiviti dan BBM

-elemen fpk yang selaras dengan hkpk adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

-Hal ini kerana guru menjalankan tugasnya dengan cekap berdasarkan hkpk dan berusaha memajukan diri untuk penambahbaikkan pendidikan prasekolah dengan membuat pengajaran yang berkesan untuk murid-murid


-elemen fpg yang selaras dengan hkpk adalah bepkerti mulia

-Hal ini kerana guru mudah untuk merancang dan melaksanakan aktiviti PP kerana

standard pembelajaran yang sama antara murid 4+ dan 5+.

-Hal ini kerana kesamarataan pendidikan dilakukan oleh guru pada umur tertentu bagi memastikan mereka semua berpeluang mendapatkan pendidikan 



HUBUNG KAIT KSPK DENGAN FPK DAN FPG

FPK

- Standard kandungan hanya membincangkan perkara asas dan hanya mengambil beberapa tajuk kecil yang selaras dengan fpk adalah kepercayaan kepada Tuhan.

Contohnya rukun imam iaitu beriman kepada Allah

FPG

-elemen fpg yang selaras dengan kskp adalah menjamin perkembangan individu.

-Hal ini kerana kspk ini mempunyai perancangan yang berperingkat. Contohnya, memberi fokus kepada modul teras kemudian pada semester dua fokus kepada modul bertema.




HUBUNGKAIT ANTARA FPK DAN FPG (KSPK)



1.Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

-Fokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yg tinggi ( cadangan)


FPK

-elemen yang berkait rapat dengan cadangan tersebut adalah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan Rakyat yang bertanggungjawab

-Rakyat yang berakhlak mulia akan dapat membentuk disiplin yang tinggi sekaligus dapat menjaga keamanan dan perpaduan negara 


FPG

-Elemen yang berkaitan dengan FPG adalah berpekerti mulia.

-Elemen ini dapat membentuk peribadi guru yang berdisiplin dan dapat menghormati orang lain. Dengan adanya elemen ini, guru dapat dicontohi murid dengan lebih baik kerana adanya kelakuan yang baik. 


-Kesannya , melalui FPK dan FPG matlamat negara ke arah melahirkan individu yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih dapat dipenuhi. Hal ini juga sama dengan KSPK di mana kanak-kanak dapat belajar tentang kerohanian secara tidak langsung melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai dalam kurikulum mereka.

-Contohnya:


  • Ini adalah salah satu rph yang boleh digunakan oleh para guru dalam membentukkan kanak-kanak yang bersepadu, berdisplin dan terlatih dengan menjalankan aktiviti main peranan yang berkaitan dengan pembentukkan disiplin seperti watak aska, pengawas dan lain-lain.



2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

-Merupakan dokumen perancangan yg mengandungi 3 aspek utama iaitu pengisian, infrastruktur dan tenaga manusia 


FPK

-Pelan ini dapat membangunkan insan atau individu yang berkemahiran dalam komunikasi atau ICT. Hal ini selaras dengan elemen FPK iaitu rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan.

-Hal ini akan dapat meningkatkan produktiviti, kemahiran dan juga inovatif dalam membantu pembangunan negara.


FPG

-Pelan ini juga selaras dengan elemen yang terkandung dalam FPG iaitu berpandangan progresif dan saintifik.

-Kemahiran ICT amat penting pada zaman sekarang kerana berlakunya peredaran zaman yang semakin moden. Hal ini juga selaras dengan pembangunan modal insan dalam teras kedua di bawah PIPP.

-Guru juga mampu mendapat kemahiran baru supaya apa yang diajar lebih bermutu dan berkualiti.


3.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

-Pelan ini menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti antarabangsa di mana anajakan ini memberi fokus kepada aras pembelajaran  Bahasa, Matematik dan sains berdasarkan standard antarabangsa

-Pemanfaatan ICT juga digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

-PPP ini juga dapat melahirkan rakyat yang menghayati nilai dengan mengukuhkan pendidikan Agama Islam dan Moral

-Meningkatkan ketulusan untuk kebertanggungjawaban awam 


FPK

-Elemen FPK yang terdapat dalam PPPM adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

-Ini kerana, rakyat yang menghayati nilai dengan pengukuhan pendidikan Islam dan Moral

Dapat dipupuk

-Dengan adanya pengukuhan pendidikan ini maka dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERI berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan.

-Selain itu, usaha yang berterusan juga ada. Contohnya, penggunaan ICT dalam pembelajaran. Ini akan membantu masyarakat untuk sesuaikan diri dengan pelbagai perubahan semasa.

-Dengan ini murid yang bertanggungjawab dan berketeranpilan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara selaras dengan FPK. 


FPG

-Elemen FPG iaitu menjunjung aspirasi negara juga ada dalam PPPM.

-Hal ini akan dapat memberikan pembelajaran serta pendidikan yang berkualiti kerana adanya 5 aspirasi sistem PPPM iaitu, akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

-Hal ini akan dapat menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti antarabangsa yangi memberi fokus kepada aras pembelajaran  Bahasa, Matematik dan sains berdasarkan standard antarabangsa.

-Oleh itu guru juga haruslah berpandangan progresif dan saintifik selaras dengan elemen FPG.

-Guru perlu ada pengetahuan dan kemahiran yang cukup mengikut bidang supaya

aras pembelajaran yang difokuskan dapat dilaksanakan.

-Kurikulum KSPK juga menekankan pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran mereka. Hal ini supaya kanak-kanak dapat didedahkan penggunaan teknologi dari awal umur mereka. Kurikulum KSPK juga mempunyai tunjang sains dan teknologi untuk pendedahan kepada STEM.

Comments