FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

 PENGENALAN

  • Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • Dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia
  • Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

VISI

  • Untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu untuk menyumbang sebagai pemimpin dunia, pemikir dan pencipta masa depan yang menghayati nilai-nilai kemanusiaan.

MISI

  • Untuk menjadi pelopor dalam menginspirasikan pendidikan STEM dan penyelidikan kepada pelajar pintar dan berbakat.




ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


1. “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”

  • Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari
bayi sehinggalah kita meninggal dunia
  • Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan


2. Memperkembang potensi individu

  • Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi,
dan rohani.
  • Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan.
  • Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan 
  • Unsur emosi pula berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat
kepada semangat perpaduan mahupun kehidupan harian. Perkembangan emosi yang
sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik
  • Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan dengan hati iaitu hubungan antara
manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan
  • Unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek,
pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat


3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

  • Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan
individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu mengembangkan
potensi yang ada dalam diri individu tersebut.


4. Insan yang seimbang dan harmonis

  • Insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada
tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi
emosi dan sosialnya.


5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

  • Memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya
Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, faham bahwa manusia
dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang
dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.


6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

  • Mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama
  • Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada


7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan

  • Rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif
  • Rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak


8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia 

  • Perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk
  • Ciri-ciri yang perlu ialah Kebolehan berfikir jauh dalam memikirkan kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan

 

9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna 
  • Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihormati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemaslahatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan


10. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri 

  • (ciri-ciri)berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain 


11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara


  • Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan
  • Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknologi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita


KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN





CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN




 


Comments